A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Only variable references should be returned by reference

Filename: core/Common.php

Line Number: 257

AQUARAMA 2021 | Aquaria, Terraria, Garden & Pond | Pesta Akua Asia Menetapkan Trend Masa Depan untuk Industri Akuarium di Guangzhou
Home / News Center / Pesta Akua Asia Menetapkan Trend Masa Depan untuk Industri Akuarium di Guangzhou

Pesta Akua Asia Menetapkan Trend Masa Depan untuk Industri Akuarium di Guangzhou

 

GUANGZHOU, China, 4 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Dengan rangsangan
inovasi terkini, industri akuarium sedang mengalami tempoh kemajuan pesat di
China untuk pasaran eksport dan domestik, lalu mendesak keperluan untuk
platform perdagangan yang moden dan andal yang mengambil pandangan para
profesional serta memahami dinamik industri kita yang berubah-ubah.



Pesta Akua Asia (AFA)
dicipta oleh para profesional industri dan diadakan di Guangzhou, di pusat
industri akuarium global. Ia memenuhi keperluan ini dan membawa perniagaan ke
peringkat seterusnya. Direka untuk menjadi bukan sekadar pameran biasa, tetapi
juga sebuah ekosistem pendorong perniagaan yang menyeluruh, Pesta Akua Asia menggabungkan
persidangan peringkat tinggi, perbincangan niaga, pemadanan perdagangan,
lawatan ke kilang-kilang, dan program-program pendidikan.



Peneraju industri akuarium, termasuk HAILEA, Minjiang Aquarium,
BOYU, RESUN, SUNSUN, Chuangxing Electric, JEBO, Lenyo Aquatics, telah
menyatakan sokongan yang padu. Banyak lagi yang akan mengadakan pameran di AFA,
setelah beberapa tahun tidak terlibat dalam mana-mana pameran di China.
Presiden Persatuan Industri Akuarium Guangdong, Yang Qinquan, baru-baru ini
menyatakan: "Platform perdagangan akuarium sedia ada bergantung
kepada model lama yang gagal memodenkan dan tidak sesuai lagi dengan industri
kita. Ayuh kita rebut peluang melalui acara perdagangan moden ini untuk
menghidupkan semula industri akuarium, menggalakkan usaha yang lebih baik, dan
membangunkan industri akuarium global yang mampan dan mantap."



Pesta Akua Asia memungkinkan perniagaan. Pendekatan modennya
terhadap perdagangan memberi nafas baharu kepada industri akuarium dan membawa
tiga unsur penting kepada persamaan yang dijangkakan oleh para profesional
daripada pesta perdagangan: pengunjung yang tepat, kandungan yang berfikir ke
hadapan, dan paras perkhidmatan yang tinggi. Buat para pembeli dari luar
negara, ini merupakan peluang untuk melihat wajah baharu industri akuarium
China, mengenal pasti pembekal masa depan mereka dengan lebih baik, dan
membangunkan perniagaan mereka dengan penyelesaian yang inovatif serta mampu
milik. Pembeli-pembeli utama digalakkan untuk menghubungi pihak penganjur bagi
mengetahui lebih lanjut tentang program itu (pembeli ditaja, lawatan ke kilang,
dsb.)



Diacarakan bersama VNU Exhibitions Asia dan Persatuan Industri
Akuarium Guangdong, Pesta Akua Asia akan berlangsung pada 8-11 Oktober 2015 di
Ekspo Pusat Dagangan Dunia Poli Guangzhou (PTWC -- Bersebelahan Kompleks
Pazhou Pameran Canton). Pameran itu dijangka akan menarik 300 pempamer dan
lebih 12000 pengunjung profesional akuarium dari dalam dan luar
China.



Tempah tapak pameran / Lawati pesta:

www.aquafairasia.com/en



PESTA AKUA ASIA 2015

 

Hari Dagangan: 8-10 Oktober

Lawatan Kilang: 11-12 Oktober





Top
Exhibitors

Media
Cooperation

Aquarama 2019

Venue

Import & Export Fair Pazhou Complex, Area B

(Guangzhou, China)


Date & Opening Times

31 May 2019 : 09:30 - 17:30
1 June 2019: 09:30 - 17:30
2 June 2019 : 09:30 - 15:30



General Information
Product Spectrum
Floor Plan
Exhibition Profile
Press Releases
Contact
For Visitors
Pre-Register
Travel & Accommodation
How to come to the venue?
FAQs
How to participate at Aquarama?
More FAQs


Copyright @ VNU Exhibitions Asia Co., Ltd. Shanghai ICP 09049270
International Exhibition for Aquarium Supplies and Ornamental Fish - All right reserved
*Company name
*Contact person
*Email address
Website
Telephone
Fax
Company address

Pesta Akua Asia Menetapkan Trend Masa Depan untuk Industri Akuarium di Guangzhou

 

GUANGZHOU, China, 4 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Dengan rangsangan
inovasi terkini, industri akuarium sedang mengalami tempoh kemajuan pesat di
China untuk pasaran eksport dan domestik, lalu mendesak keperluan untuk
platform perdagangan yang moden dan andal yang mengambil pandangan para
profesional serta memahami dinamik industri kita yang berubah-ubah.



Pesta Akua Asia (AFA)
dicipta oleh para profesional industri dan diadakan di Guangzhou, di pusat
industri akuarium global. Ia memenuhi keperluan ini dan membawa perniagaan ke
peringkat seterusnya. Direka untuk menjadi bukan sekadar pameran biasa, tetapi
juga sebuah ekosistem pendorong perniagaan yang menyeluruh, Pesta Akua Asia menggabungkan
persidangan peringkat tinggi, perbincangan niaga, pemadanan perdagangan,
lawatan ke kilang-kilang, dan program-program pendidikan.



Peneraju industri akuarium, termasuk HAILEA, Minjiang Aquarium,
BOYU, RESUN, SUNSUN, Chuangxing Electric, JEBO, Lenyo Aquatics, telah
menyatakan sokongan yang padu. Banyak lagi yang akan mengadakan pameran di AFA,
setelah beberapa tahun tidak terlibat dalam mana-mana pameran di China.
Presiden Persatuan Industri Akuarium Guangdong, Yang Qinquan, baru-baru ini
menyatakan: "Platform perdagangan akuarium sedia ada bergantung
kepada model lama yang gagal memodenkan dan tidak sesuai lagi dengan industri
kita. Ayuh kita rebut peluang melalui acara perdagangan moden ini untuk
menghidupkan semula industri akuarium, menggalakkan usaha yang lebih baik, dan
membangunkan industri akuarium global yang mampan dan mantap."



Pesta Akua Asia memungkinkan perniagaan. Pendekatan modennya
terhadap perdagangan memberi nafas baharu kepada industri akuarium dan membawa
tiga unsur penting kepada persamaan yang dijangkakan oleh para profesional
daripada pesta perdagangan: pengunjung yang tepat, kandungan yang berfikir ke
hadapan, dan paras perkhidmatan yang tinggi. Buat para pembeli dari luar
negara, ini merupakan peluang untuk melihat wajah baharu industri akuarium
China, mengenal pasti pembekal masa depan mereka dengan lebih baik, dan
membangunkan perniagaan mereka dengan penyelesaian yang inovatif serta mampu
milik. Pembeli-pembeli utama digalakkan untuk menghubungi pihak penganjur bagi
mengetahui lebih lanjut tentang program itu (pembeli ditaja, lawatan ke kilang,
dsb.)



Diacarakan bersama VNU Exhibitions Asia dan Persatuan Industri
Akuarium Guangdong, Pesta Akua Asia akan berlangsung pada 8-11 Oktober 2015 di
Ekspo Pusat Dagangan Dunia Poli Guangzhou (PTWC -- Bersebelahan Kompleks
Pazhou Pameran Canton). Pameran itu dijangka akan menarik 300 pempamer dan
lebih 12000 pengunjung profesional akuarium dari dalam dan luar
China.



Tempah tapak pameran / Lawati pesta:

www.aquafairasia.com/en



PESTA AKUA ASIA 2015

 

Hari Dagangan: 8-10 Oktober

Lawatan Kilang: 11-12 Oktober





Top Exhibitors
Media Cooperation